Semburan perlindungan tanaman
Racun kulat untuk kanker batang durian, racun serangga untuk perosak daun sawit, racun rumpai di barisan getah.

Menurut senarai muatan Jabatan Pertanian, racun perosak yang dibawa dron mesti berdaftar dengan Lembaga Racun Makhluk Perosak (LRMP) dan mempunyai syor penggunaan menggunakan UAS. Kami akan minta lihat produk sebelum memberi sebut harga.
Ketinggian, kelajuan dan jenis muncung ditetapkan mengikut tanaman. Dusun durian biasanya perlukan laluan lebih perlahan dan kawalan hanyutan lebih ketat kerana sering bersebelahan rumah kampung.